Salah satu aktiviti di dalam unit beruniform PISPA tingkatan enam ialah pertandingan kawad kaki. Di kolej kami (Kolej Tingkatan Enam(Prauniversiti) Kota Kinabalu; unit beruniform wajib ialah PISPA. Sebanyak 11 platun PISPA yang ditubuhkan di KTEKK.
Setiap tahun semasa perkhemahan perdana unit beruniform akan diadakan pertandingan kawad kaki. Di antara kriteria yang akan dinilai adalah seperti berikut:
💢Semua platun akan berbaris di padang kawad sekurang-kurangnya 15 minit sebelum pertandingan untuk pemeriksaan pakaian.
💥Di antara objektif pertandingan kawad kaki diadakan ialah:
- Memupuk disiplin dan semangat berpasukan dalam kalangan peserta melalui latihan kawad yang berstruktur dan tersusun.
- Meningkatkan kemahiran kepimpinan dan komunikasi terutama dalam kalangan komander pasukan.
- Mendedahkan peserta kepada etika dan protokol kawad kaki yang betul selaras dengan amalan pasukan beruniform.
- Membentuk jati diri, ketahanan mental dan fizikal dalam kalangan pelajar melalui cabaran pertandingan yang kompetitif.
- Menanam rasa bangga dan cinta akan pasukan serta institusi, sekali gus membentuk identiti korps yang positif.
Semoga panduan pemarkahan ini dapat membantu sekolah untuk menyediakan borang penilaian kriteria dalam pertandingan kawad kaki PISPA.