1. PENGENALAN
Sistem kardiovaskular merupakan sistem penting dalam tubuh
manusia yang berfungsi untuk mengangkut bahan ke seluruh badan. Ia terdiri
daripada tiga komponen utama:
- Jantung
- Darah
- Salur
darah
2. KOMPONEN JANTUNG
Jantung ialah organ berotot yang mengepam darah ke seluruh
badan. Ia terletak di antara kedua-dua paru-paru dan sedikit ke kiri dalam
rongga dada.
Struktur Jantung:
- Atrium
kanan dan kiri: Ruang atas jantung yang menerima darah.
- Ventrikel
kanan dan kiri: Ruang bawah jantung yang mengepam darah keluar.
- Injap: Mengawal aliran darah agar mengalir dalam satu arah sahaja. Contohnya injap trikuspid, bikuspid (mitral), pulmonari dan aorta.
Peredaran Darah Jantung:
- Peredaran pulmonari: Ventrikel kanan mengepam darah nyahoksigen ke paru-paru untuk pengoksigenan; kembali semula ke jantung (Atrium kiri) darah yang kaya dengan oksigen
- Peredaran sistemik: Ventrikel kiri mengepam darah beroksigen ke seluruh badan melalui salur darah aorta dan kembali semula ke jantung (atrium kanan) melalui vena cava darah yang nyahoksigen.
Semoga dapat membantu anda memahami konsep sistem kardiovaskular. Post akan datang akan dikongsikan komponen darah dan salur darah. Jumpa lagi!