KEMPEN INTERNET SELAMAT

 

Salam sejahtera warga maya,
Pagi ini ticer ingin berkongsi tentang satu kempen keselamatan dalam talian. Untuk apa kempen ini dilaksanakan?

Kempen Keselamatan Dalam Talian mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang cara menggunakan internet dengan selamat, bertanggungjawab, dan beretika.

Tujuannya adalah untuk melindungi pengguna—terutama pelajar, remaja, dan warga emas—daripada risiko seperti penipuan siber, buli siber, kecurian data, dan penyebaran maklumat palsu.

Pagi ini Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu menjadi venue untuk kempen keselamatan dalam talian ini yang dirasmikan oleh YB Datuk Ahmad Fahmi bin Datuk Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi Malaysia.

YB Datuk Ahmad Fahmi mengingatkan semua warga kolej untuk tidak kongsi apa-apa maklumat yang sendiri tidak pasti kesahihannya. Sebarang maklumat yang diragui, pelajar boleh berinteraksi dengan chatbox AIFA melalui whatsApp 03-86887997.


ANDA MANGSA JENAYAH SIBER?
Apabila anda mendapat panggilan atau pesanan teks berkaitan bil tertunggak atau tawaran pelaburan; jangan terus panik. Besar kemungkinan itu adalah satu penipuan. Anda dinasihatkan untuk terus menghubungi Pusat Respons Scam Negara (NSRC) di talian 997 untuk melaporkan dan mendapatkan nasihat.



🧩 Isi Kandungan Kempen
        ðŸ§©Kata Laluan Selamat
  • Gunakan kata laluan yang kuat dan berbeza untuk setiap akaun.
  • Elak berkongsi kata laluan dengan orang lain. 
        ðŸ§©Berwaspada dengan Penipuan Siber (Scam & Phishing)
  • Jangan klik pautan mencurigakan.
  • Sahkan sumber sebelum memberikan maklumat peribadi.
        ðŸ§©Privasi dan Maklumat Peribadi
  • Semak tetapan privasi akaun secara berkala.
  • Hadkan perkongsian maklumat peribadi di media sosial.
        ðŸ§©Etika Dalam Talian
  • Gunakan bahasa yang sopan
  • Hormati pandangan orang lain dan elakkan buli siber.
        ðŸ§©Laporan Kes Salah Laku Siber
  • Laporkan segera kepada pihak berkuasa seperti CyberSecurity Malaysia atau SKMM jika berlaku penyalahgunaan.

Fikir Sebelum Klik!



Previous Post Next Post