Selamat malam pelajar sekalian. Kali ini Ticer ingin berkongsi tentang kemahiran dan panduan penulisan jawapan anda dalam peperiksaan. Peperiksaan STPM semester 2 kohort 2025 akan bermula pada 14 Julai sehingga 21 Julai 2025. Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi peperiksaan ini? Kertas Sains Sukan 966/2 ialah pada sidang 2 16 Julai 2025 (Rabu).
Beberapa kelemahan yang perlu diambil perhatian oleh pelajar untuk mendapat gred yang lebih baik dalam kertas Sains Sukan seperti dalam ulasan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dalam laporan peperiksaan 2022.
Oleh itu, pelajar perlu memperkukuhkan kemahiran penulisan jawapan terutama penguasaan istilah-istilah saintifik yang sering digunakan dalam sains sukan, mematuhi kehendak kata tugas dalam soalan, berhati-hati dengan ejaan kerana ejaan salah akan terus ditolak markah.(a) Apakah komponen kecergasan yang diberi tumpuan oleh jurulatih Ali melalui latihan yang disediakan? [1]
Kata tugas : Apakah - jawapan yang ringkas dan padat. Tidak perlu ulasan/hujah. Berikan maklumat yang spesifik atau khusus.
kehendak soalan : komponen kecergasan yang diberi tumpuan oleh jurulatih Ali melalui latihan yang disediakan.
panduan markah : [1] - hanya berikan 1 isi/fakta.
contoh jawapan : Daya tahan otot. (jawapan yang khusus/spesifik. sekiranya pelajar menjawab daya tahan sahaja. tiada markah akan diberikan)
(b) Nyatakan tiga elemen yang perlu dititikberatkan dalam melakukan senaman bebanan untuk meningkatkan kecergasan komponen di (a)
Kata tugas : Nyatakan - jawapan yang ringkas dan padat. Tidak perlu ulasan/hujah. Berikan maklumat yang spesifik atau khusus.
Kehendak soalan : tiga elemen yang perlu dititikberatkan dalam melakukan senaman bebanan untuk meningkatkan kecergasan komponen di (a) - pelajar perlu menyatakan elemen yang diberi tumpuan untuk meningkatkan komponen kecergasan daya tahan otot.
panduan markah : [3] - pelajar perlu memberikan 3 fakta/isi jawapan dalam bentuk ayat/ frasa.
Contoh jawapan :
i) intensiti yang sederhana - 1 markah
ii) kekerapan/frekuensi yang tinggi - 1 markah
iii) isipadu latihan yang sederhana - 1 markah
(c) Nyatakan tiga faedah senaman bebanan yang diperoleh oleh Ali. [3]
Kata tugas : Nyatakan - jawapan yang ringkas dan padat. Tidak perlu ulasan/hujah. Berikan maklumat yang spesifik atau khusus.
Kehendak soalan : tiga faedah senaman bebanan yang diperoleh oleh Ali. - pelajar perlu menyatakan faedah senaman bebanan.
panduan markah : [3] - pelajar perlu memberikan 3 fakta/isi jawapan dalam bentuk ayat/ frasa.
contoh jawapan : jika kehendak soalan minta faedah - maka jawapan perlu ada kata kerja seperti meningkatkan/penambahan/peningkatan
i) meningkatkan daya tahan otot kaki.
ii) meningkatkan kapasiti kerja otot rangka.
iii) jisim otot bertambah.
Cuba anda membuat latih tubi untuk menjawab soalan seperti apa yang ticer kongsikan di sini. Semoga penulisan jawapan anda bertambah baik semasa peperiksaan nanti.
Semoga perkongsian ticer kali ini memberi manfaat dan inspirasi kepada anda untuk lebih bersedia menghadapi peperiksaan 33 hari dari sekarang!